KEMAMAN:Dua pengusaha kebun yang menanam pelbagai jenis durian termasuk Musang King, dan kelapa sawit di Kampung Teladas dekat Air Putih di sini mengalami kerugian kira-kira RM60,000 selepas tanaman mereka diserang sekumpulan gajah.
Zulkifli Mohd Zain, 58, berkata dalam kejadian pada awal pagi Sabtu lepas, sebanyak 65 pokok duriannya yang berumur setahun musnah akibat serangan haiwan liar itu.
"Sedih dan kecewa kerana hanya 15 pokok durian sahaja yang masih selamat sedangkan saya dah berhabis dalam RM50,000 untuk kerja-kerja mengurus kebun ini sejak setahun lepas.
"Memang saya tahu gajah sering menceroboh kawasan kebun yang diusahakan penduduk kampung sejak beberapa tahun lalu, namun tak sangka kali ini saya pula yang mengalami nasib sama," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.
Zulkifli berkata pagar yang dipasang di sekeliling kebunnya itu juga roboh akibat serangan tersebut, namun beliau bercadang akan menanam semula pokok durian dengan pemasangan pagar elektrik pada masa akan datang bagi mengelak kejadian sama berulang lagi.
Seorang lagi pekebun, Yusof Ahmad, 70, berkata serangan terbaharu itu adalah serangan kali ketiga pernah dialaminya hingga menyebabkan dia kerugian ribuan ringgit.
"Kali ini, gajah makan umbut dan pucuk lebih 20 pokok kelapa sawit sedangkan saya memang menunggu hasil tanaman ini matang untuk mendapatkan wang belanja, tak sangka pula ia musnah akibat serangan gajah.
"Banyak kali dah gajah datang menyerang, malah pekebun ambil inisiatif sendiri datang ronda pasang unggun api setiap malam untuk pastikan gajah takut untuk ceroboh. Kami harap sangat masalah yang dah lama berlarutan ini dapat diselesaikan segera," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir serangan gajah itu berlaku pada 2 Okt tahun lepas menyebabkan seramai 30 pekebun di kampung sama yang menanam kelapa sawit dan pisang kerugian lebih RM30,000.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof ketika dihubungi berkata masalah serangan gajah di kawasan tersebut memang dalam makluman pihaknya.
"Pemantauan sedang dilakukan dan pada masa sama kita berharap mana-mana pihak yang ingin meneroka tanah untuk berkebun, seeloknya meminta pandangan daripada Perhilitan bagi memastikan kawasan itu selamat daripada serangan haiwan liar sekali gus dapat meminimumkan kerugian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Yusof menunjukkan kesan serangan gajah terhadap pokok kelapa sawit di Kampung Teladas dekat Air Putih. - Bernama
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.
Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman
Insiden di negeri Assam itu sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai interaksi manusia dengan haiwan liar mungkin menjadi 'tegang'.
Anak gajah enggan lepas penjaga meruntun hati netizen
Seekor gajah memeluk seorang lelaki dengan belalainya seolah-olah berat melepaskannya pergi ke habitat asalnya.
Wanita Orang Asli maut dipijak gajah
Seorang wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah liar dalam kejadian di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di sini pada Ahad.
Tiada sistem pagar elektrik, parit penghalang di kawasan serangan gajah - Perhilitan
Kawasan itu juga tidak mempunyai parit penghalang gajah menyebabkan gajah liar dari Hutan Simpan Brooke sering menceroboh kawasan ladang.
Lebih enam jam pindah gajah di RTP Kesedar Sungai Terah
Perhilitan Kelantan mengambil masa lebih enam jam untuk memindahkan seekor gajah jantan dewasa di Jalan Subong, RPT Kesedar Sungai Terah.
Gajah ragut dua nyawa di Pos Betau, Senderut ditangkap dan dipindahkan
Menangkap dan memindahkan gajah jantan itu dilakukan susulan kejadian serangan haiwan itu terhadap penduduk Orang Asli.
Pengguna Jalan Raya Timur Barat diminta berhati-hati kehadiran gajah
Perhilitan Perak meminta orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli supaya berhati-hati dengan kehadiran gajah di kawasan berkenaan.